Facebook

Wednesday, 18 September 2013

STRUKTUR PENDUDUK, GUNA TENAGA DAN UPAH

EKONOMI MALAYSIA
BAB2

STRUKTUR PENDUDUK, GUNA TENAGA DAN UPAH
1)KEPENDUDUKAN
2)GUNATENAGA MENGIKUT SEKTOR
3)PENGANGGURAN
4)PEMBANGUNAN MODAL INSAN

1. Kependudukan
•Terdapat 2 faktor utama mempengaruh saiz penduduk sesebuah negara:
  (1) Kadar pertambahan semulajadi
  (2) Faktor migrasi
•Kadar pertambahan penduduk bersih (n)
    n = (KL – KM) + (MM – MK)
        = N + MB
Data EPU pp 4-5
•K.kelahiran yang tinggi krn faktor nilai dan adat.
•K.kematian pula bergantung kepada faktor kesihatan dan alam sekeliling
  Statistik jumlah org y hilang:
MQLI 2004:
http://www.epu.gov.my/socialindicators

DATA KEPENDUDUKAN DI MALAYSIA

Kelahiran dan Kematian
Kemajuan ekonomi - peningkatan tahap pendidikan -taraf hidup y meningkattinggal di bandar - berminat u keluarga y lebih kecil (dan sebaliknya)
•Teknologi dan kemudahan kesihatan – kesedaran ttg kesihatan - mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kadar kelahiran (hidup).
Semasa era penjajahan pertambahan penduduk adlh kerana buruh asing (migrasi), ttp kini faktor migrasi hanya mmbawa kesan minimum krn buruh asing xboleh menjadi warganegara.

•Faktor tumpuan kawasan
•Komposisi  mengikut kaum
•jantina
Struktur umur penduduk  


2. Guna Tenaga
3. Pengangguran
Mereka yang hilang pekerjaan: mereka yang termasuk dalam tenaga buruh tetapi telah dipecat atau dibuang kerja.
Mereka yang meninggalkan pekerjaan: mereka yang termasuk dalam tenaga buruh tetapi meletakkan jawatan secara sukarela.

Mereka yang masuk semula ke dalam  tenaga buruh (Reentrant): Mereka yang pernah bekerja sebelum ini, tetapi tidak bekerja untuk satu jangka masa dan ingin semula bekerja.
Mereka yang baru memasuki tenaga buruh (New Entrant): Mereka yang tidak pernah bekerja sepenuh masa lebih daripada dua minggu dan ingin memasuki tenaga buruh untuk mencari kerja.
  Bilangan menganggur = mereka yang hilang kerja + mereka yang tinggalkan kerja + mereka yang masuk semula + mereka yang baru masuk tenaga buruh
Seseorang yang berhenti mencari pekerjaan, untuk apa jua alasan, tidak lagi dianggap sebagai penganggur dan tidak termasuk dalam kadar pengangguran.
Pekerja yang menganggur dihitung dalam kadar pengangguran tetapi “discouraged worker” tidak diambil kira.
Pekerja Yang Tidak Mencari Pekerjaan (Discouraged Workers)
•Jenis-jenis Pengangguran
Pengangguran Geseran: kehilangan pekerjaan disebabkan oleh geseran semula jadi ekonomi yaang disebabkan oleh keadaan pasaran yang berubah dan pekerja yang bertukar pekerjaan.
Pengangguran Struktur: kehilangan pekerjaan disebabkan oleh penghapusan beberapa pekerjaan daripada ekonomi dan kemahiran yang ada tidak layak untuk pekerjaan lain.
•Kadar Pengangguran Semula Jadi: Kadar pengangguran geseran dicampur  kadar pengangguran struktur memberikan kadar pengangguran semula jadi.

4. Pembangunan Modal Insan
•Mengembangkan bekalan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan untuk membantu pembangunan ekonomi yang berdasarkan pengetahuan dan latihan.
•Menambahkan kemudahan pendidikan dan latihan yang berkualiti untuk mempertingkatkan keupayaan menjana pendapatan dan kualiti hidup.
•Menambahkan kemudahan terhadap kualiti pendidikan dan sistem latihan untuk memastikan bekalan tenaga kerja sejajar dengan perubahan teknologi dan permintaan pasaran.
•Mengalakkan pembelajaran seumur hidup untuk meningkatkan kebolehan untuk diambil bekerja dan produktiviti tenaga buruh.
•Mengoptimumkan penggunaan buruh tempatan.
•Menambahkan bekalan tenaga kerja jurusan sastera.
•Mempercepatkan perlaksanaan Sistem Penggajian Mengikut Produktiviti (PLCS).
•Memperkukuhkan sistem maklumat pasaran buruh untuk meningkatkan mobiliti tenaga buruh.
•Memperbanyakkan lagi usaha untuk membangunkan dan mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan wilayah.
•Menekankan nilai positif. 

Monday, 9 September 2013

PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN 1

BEED1013 EKONOMI MALAYSIA
PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN 1
Arahan:
Baca dengan teliti persoalan dibawah. Jawab persoalan ini dengan berpandukan artikel yang disediakan. Jawapan hendaklah ditaip menggunakan tulisan TNR, saiz 12, jarak 1.5 dan tidak lebih dari dua muka surat. Sila hantarkan jawapan anda semasa kuliah yang berikutnya (15/9/2013).  
Soalan:

Kumpulan 1 dan 6
1) Bincangkan adakah kepelbagaian kaum di Malaysia adalah suatu aset atau liabiliti kepada pembangunan ekonomi Malaysia.
(20 markah)

Kumpulan 2 dan 7
2) Tun Dr. Mahathir banyak berjasa dalam membangunkan ekonomi Malaysia melalui dasar-dasar ekonominya yang unik dan stratergik. Bincangkan.
(20 markah)

Kumpulan 3 dan 8
3) Dasar Pandang ke Timur telah mengundang pelbagai spekulasi dan persepsi yang bercampur-campur. Sebagai ahli ekonomi, bincangkan pendirian anda tentang dasar ini.
(20 markah)

Kumpulan 4 dan 9
4) Penjajahan British telah mengakibatkan pelbagai kesan buruk dan baik kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Bincangkan kesan penjajahan British kepada bangsa Malaysia.
(20 markah)

Kumpulan 5 dan 10
5) Konsep Negara Bangsa adalah mewujudkan masyarakat yang mendukung satu bangsa dan satu negara yang tertegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bincangkan cabaran konsep Negara Bangsa di Malaysia.
(20 markah)



DASAR EKONOMI BARU

DASAR EKONOMI BARU

LATAR BELAKANG
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.
Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.
RASIONAL
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:
Kaum
Kadar Kemiskinan (%)
Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM)
Melayu
64.8
172.00
Cina
26.0
394.00
India
39.2
304.00
Lain-lain
44.8
813.00

Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:
Pemilikan
Jumlah Pemilikan (RM juta)
%
Bumiputera Perseorangan dan agensi amanah
    (a) Bumiputera Perseorangan(b) Agensi Amanah
279.6
168.7
110.9
4.3
2.6
1.7
Bukan Bumiputera
2,232.2
34.0
Warganegara Asing
4,051.3
61.7
    JUMLAH
6,564.1
100.0
Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:
Sektor
Melayu
Cina
India
Lain-lain
1. Pertanian
67.6
19.9
11.5
1.0
2. Perlombongan
32.1
58.7
8.5
0.7
3. Perniagaan / Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan Kemudahan Awam
42.6
45.5
10.7
1.2
Kepincangan di atas dipercayakan telah merupakan suatu sebab utama berlakunya peristiwa 13 mei 1969. Peristiwa ini merupakan satu perusuhan perkauman yang telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan. Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan di wilayah yang sama.
OBJEKTIF
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu , kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. 
STRATEGI PELAKSANAAN
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
    Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
    Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan 
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

    Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.
    Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
    Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
    Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luarbandar dan antara wilayah.
    Memodenkan kehidupan di luarbandar.
    Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
    Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
    Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini , di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun 
    Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luarbandar.Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
    Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
    Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
    Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.
Penutup 
Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan Negara melalui prosespembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

SUMBER; JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

DASAR KEPENDUDUKAN MALAYSIA KE ARAH 70 JUTA PENDUDUK


DASAR KEPENDUDUKAN MALAYSIA KE ARAH 70 JUTA PENDUDUK

Latarbelakang
Matlamat kependudukan 70 juta telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Seri Dr. Mahathir Mohamed ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO dalam bulan September 1982. Beliau berpendapat bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta.
Saranan ini kemudiannya telah dijelaskan dan dikemukakan sekali lagi oleh beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Keempat pada 29hb. Mac 1984. Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.


Rasional
Jumlah penduduk Malaysia adalah masih kecil dan ada faedah-faedah besar jika kependudukan Malaysia dibesarkan dalam jangka perancangan di atas. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia dengan kawasan yang seluas 334,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 45 juta, Negeri Thai dengan kawasan seluas 514,000 km persegi mempunyai penduduk sebanyak 50 juta dan Republik Indonesia dengan kawasan tanah 2,027,087 km persegi mempunyai sebanyak 150 juta.
Rasional untuk mencapai matlamat kependudukan 70 juta adalah untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri-industri tempatan. Ini akan mengujudkan keadaan persaingan dalam pasaran dan selanjutnya akan meninggikan daya dan mutu pengeluaran untuk eksport. Pertumbuhan adalah dianggap sebagai modal yang utama untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga dapat meningkatkan daya pengeluaran ekonomi. Dengan yang demikian, adalah wajar angkubah-angkubah demografik ini diambil kira di dalam perancangan pembangunan untuk mempastikan kemajuan ekonomi dan pertumbuhan kebajikan yang berterusan.
Malaysia masakini mengalami kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.5% Lapuran Ekonomi 1984/85 Kementerian Kewangan Malaysia bagi jangkamasa 1981- 1985. Mengikut kadar ini, jumlah penduduk dianggarkan menjadi 15.279 juta dalam tahun 1984, iaitu pertambahan sebanyak 11.2% daripada jumlah 13.745 juta pada tahun 1980. Kadar pertumbuhan bagi jangkamasa-jangkamasa tertentu adalah seperti yang berikut:-

Jangkamasa
Kadar Pertumbuhan
1957 – 1960
2.8 %
1960 – 1970
2.6 %
1970 – 1980
2.3 %
1980 – 1985
2.5 %

Perbandingan antara jangkamasa di atas menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan sekarang ini adalah lebih tinggi sedikit dari kadar pertumbuhan bagi 1970 - 1980. Ini adalah disebabkan oleh kadar kesuburan yang lebih tinggi dalam tahun lima puluhan dan enam puluhan dan bertambahnya jumlah wanita-wanita muda yang mencapai umur perkahwinan. Walaubagaimanapun berdasarkan kepada arah aliran pertumbuhan penduduk sekarang, adalah dijangkakan bahawa kependudukan Malaysia akan mencapai jumlah kesetabilan dalam linkungan 39 juta orang dalam tahun 2150.
Menurut Laporan Pembangunan Dunia (World Development Report) yang diterbitkan oleh Bank Dunia dalam bulan Julai 1983, penduduk Malaysia akan dijangka menjadi 33 juta dalam tahun 2120. Unjuran-unjuran ini dibuat berdasarkan kepada kadar pertumbuhan kependudukan sebanyak 2.0% setahun (1980-2000) atas andaian kadar kesuburan yang berkurangan secara sederhana. Laporan ini selanjutnya menunjukkan penduduk Malaysia akan bertambah menjadi 17 juta dalam tahun 1990 dan mencapai jumlah 21 juta dalam tahun 2000. Unjuran-unjuran Bank Dunia ini tidaklah selari dengan matlamat penduduk 70 juta sekarang yang dijangka dicapai dalam tahun 2100. Ini bermakna bahawa dua komponen utama mengenai kependudukan iaitu kadar kesuburan dan kadar kasar kelahiran perlu dipertingkatkan dengan sewajarnya.
Perlu dijelaskan bahawa kajian kependudukan memerlukan pengetahuan mengenai arah aliran perkembangan masa lepas dan masa kini. Ketetapan unjuran besar bergantong kepada kefahaman yang mendalam terhadap fakta-fakta dinamik kependudukan pada pada keseluruhannya, terutama mengenai pola-pola kesuburan, kematian dan kekeluargaan.


Objektif
Objektif dasar ini adalah untuk mengujudkan jumlah penduduk Malaysia seramai 70 juta.


Strategi Pelaksanaan
Untuk mencapai matlamat dasar kependudukan 70 juta, beberapa alternatif telah dikaji. Antaranya adalah seperti yang berikut:-

    Sekiranya JKK JKK (Jumlah kadar kesuburan) ialah salah satu daripada ukuran ke atas status kesuburan bagi satu-satu kumpulan, komuniti atau negara (purata bilangan anak bagi setiap wanita dalam lingkungan umur subur (15 -
    49)
     (jumlah kadar kesuburan) sekarang iaitu sebanyak 4 dibiarkan turun perlahan-perlahan sebanyak 0.1 mata setiap 5 tahun sehingga ia sampai ke paras penggantian, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2100 (iaitu dalam tempuh 115 tahun) dan penduduk akan stabil pada atau dalam lingkungan 73 juta.


    Sekiranya JKK sekarang iaitu sebanyak 4 dapat dikekalkan, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2045 (iaitu 70 tahun).


    Sekiranya JKK sekarang diturunkan kepada 3 dan seterusnya dikekalkan kepada paras tersebut, matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan 2085 (iaitu dalam 100 tahun).


    Sekiranya JKK dinaikkan kepada 5 dan terus dikekalkan pada paras ini, maka matlamat penduduk akan dicapai dalam dalam lingkungan tahun 2031 (dalam 50 tahun).


    Tempoh yang paling cepat sekali matlamat ini akan dicapai ialah dalam tahun 2010, (atau dalam 30 tahun) jika sekiranya JKK ditingkatkan kepada 10 dan seterusnya dikekalkan pada paras sekarang.


    Sekiranya JKK dibiarkan meningkat kepada 5.2 dalam tahun 2000 dari 4.0 (1980) dan kemudiannya dibiarkan menurun ke paras penggantian maka matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2070 dan akan stabil pada 79 juta.


    Tempoh masa yang paling lama untuk mencapai 70 juta ialah dengan mem- biarkan aliran sekarang menurun dan meningkat secara pusingan sehingga mencapai paras penggantian. Matlamat ini akan dicapai dalam lingkungan tahun 2125 iaitu dalam 135-140 tahun dan penduduk akan stabil pada 73 juta.




Pelaksanaan

Di sebalik tanggapan-tanggapan rumit mengenai isu kependudukan ini, Kerajaan mempunyai sebab-sebab yang munasabah berhubung dengan pembesaran saiz kependudukan terutamanya dalam usaha mengujudkan penduduk yang rajin, berdisiplin dan produktif. Ini adalah asas penting bagi perkembangan perindustrian dan pengujudan pasaran untuk barang keluaran tempatan. Pertambahan penduduk sebanyak empat atau lima kali ganda semestinya menimbulkan beberapa implikasi sosio-ekonomi. Kesan pembesaran kependudukan sebegini rupa akan dirasai di semua peringkat kehidupan khususnya terhadap sumber-sumber negara. Di antara bidang-bidang yang akan terlibat adalah seperti berikut:-

    Bekalan Makanan: Sebahagian besar barang-barang makanan terpaksa di import dan ini akan menimbulkan masalah jaminan makanan dan pertukaran asing. Dengan itu kajian yang sepatut nya perlulah dibuat mengenai keupayaan kegunaan tanah dan penggunaan sumber - sumber lain.
    Perumahan: Sekurang-kurangnya sebanyak 10 juta unit perumahan akan diperlukan untuk menampung tambahan penduduk sebanyak 50 juta dan ini akan mengambil masa selama 100 tahun mengikut kadar pembinaan sekarang ini.
    Pekerjaan: Lebih daripada 20 juta pekerjaan baru perlu diujudkan. Dengan demikian adalah penting untuk menggerakkan tenaga buruh menjadi berdisiplin, bermotivasi dan produktif.
    Kesihatan: Bilangan katil-katil hospital perlu ditambah dari 25 ribu sekarang ini kepada 140,000 jika matlamat jangka panjang iaitu 2 katil bagi tiap-tiap 1,000 penduduk hendak dicapai. Bilangan doktor-doktor pun perlu ditambah daripada 4,200 kepada lebih 30,000.
    Pelajaran: Tempat bagi 15 juta hendaklah disediakan dan sekurang - kurangnya 4000,000 guru diperlukan.
    Bekalan Air: Penggunaan air adalah dijangkakan sebanyak 15.6 billion meter padu. Kekurangan air telah pun dijangkakan pada tahun 2000 bagi jumlah penduduk sebanyak 21 juta.
    Penggunaan Tenaga: Penggunaan tenaga akan meningkat sebanyak 4 atau 5 kali ganda ini akan berlipat ganda lagi dengan adanya ekonomi perindustrian. Masalah ini akan bertambah rumit kerana pencapaian 70 juta akan berlaku dalam masa Malaysia mengalami kehabisan minyak dan gas (post-hydrocarbon).

Berikutan dari masalah-masalah di atas, adalah penting agar dasar-dasar yang sewajarnya diberi perhatian yang utama. Di antara dasar-dasar tersebut adalah seperti berikut:-

    Dasar pembangunan ekonomi, yang mengambilkira pertalian antara pembangunan dan kesuburan, kematian, penghijrahan di samping pertumbuhan, komposisi dan taburan penduduk serta peningkatan pendapatan daya pengeluaran.
    Dasar tenaga manusia, yang mengambilkira pertumbuhan tenaga buruh dan perubahan kadar penyertaan tenaga buruh mengikut jantina dan juga keperluan yang meningkat untuk latihan teknologi yang termaju.
    Dasar sosial yang memberi tumpuan kepada aspek-aspek seperti kesihatan, pelajaran, perumahan, pembangunan keluarga ( termasuk perancang kelauarga) peningkatan kebudayaan, keseimbangan sosial dari segi kumpulan ethnic dan jantina, kebajikan kanak-kanak dan orang - orang tua dan lain-lain kerana kesemuanya ini akan dipengaruhi oleh arus pembangunan sosio-ekonomi, pertumbuhan dan taburan penduduk.
    Dasar makanan, air dan pertanian haruslah memberi tekanan ke atas kecukupan dari segi taburan, perubahan corak penggunaan dan juga ke atas peningkatan cara-cara penghasilan.
    Dasar Tenaga haruslah dan mengenalpasti sumber-sumber tenaga baru.
    Dasar alam sekitar yang mengambil kira bahaya -bahaya akibat kerosakan eko-sistem yang disebabkan oleh perkembangan dan pertumbuhan penduduk yang pesat.

Kerajaan dalam usaha mencapai dasar kependudukan telah memperkenalkan beberapa langkah, di antaranya dasar percukaian dan faedah-faedah bersalin yang akan memberi munafaat kepada keluarga beranak lima. Kerajaan juga telah mengkaji semula dan menyelaraskan fungsi-fungsi dan peranan Lembaga Kependudukan dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan lembaga ini diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam mencapai matlamat dasar ini.

Penutup

PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990
Berasaskan kepada data-data semasa, jumlah kadar kesuburan telah menurun daripada 3.8 bagi setiap wanita dalam tahun 1981 kepada 3.6 dalam tahun 1990. Laluan pertumbuhan penduduk ini adalah seperti yang ditunjukkan di Rajah 1. Pertumbuhan penduduk Negara pula mencatitkan penambahan daripada 13.8 juta dalam tahun 1980 kepada 17.8 juta dalam tahun 1990. Pada keseluruhannya, tren ini adalah selaras dengan matlamat Dasar ini. Walau bagaimanapun, penurunan kadar kesuburan ini adalah berbeza di antara kumpulan - kumpulan ethnik negara ini. Jumlah kadar kesuburan Melayu dalam tahun 1990 adalah melebihi matlamat, iaitu 4.3, berbanding dengan jumlah kadar kesuburan Cina dan India yang kini menghampiri paras penggantian.

RAJAH 1
Laluan Pertumbuhan Penduduk ke Arah Pencapaian Matlamat 70 Juta Penduduk

Tahun
Jumlah Kadar Kesuburan
Pertumbuhan Penduduk (Juta)
1990
3.6
17.6
2000
3.5
22.3
2010
3.3
27.7
2020
3.1
33.6
2030
2.9
39.8
2040
2.7
46.0
2050
2.5
51.9
2060
2.3
57.5
2070
2.05
62.1
2080
2.05
65.8
2090
2.05
68.7
2100
2.05
70.8

Dari segi penyelarasan perlaksanaan Dasar ini pula, pada keseluruhannya faktor-faktor kependudukan mengikut matlamat Dasar ini telah dapat diambilkira dan diintegrasikan di peringkat perancangan sektor-sektor pembangunan. Ini dihasilkan menerusi kerjasama yang rapi dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.
Dalam sektor kesihatan, Kementerian yang berkenaan telah menyatukan strategi-strategi dan objektif - objektifnya dengan Dasar Kependudukan Negara dalam merancang dan melaksanakan perkhidmatan - perkhidmatannya. Bagi tempoh 1984 - 89, Kementerian ini telah dapat memenuhi keperluan kesihatan untuk penduduk negara yang telah bertambah.
Pencapaian ini dapat ditinjau melalui kadar kematian kasar yang telah menurun daripada 12.4 setiap 1,000 penduduk dalam tahun 1957 kepada 4.6 dalam tahun 1989. Kadar kematian bayi pula telah menurun daripada 75.5 setiap 1,000 kelahiran kepada 13.2 dalam tempoh yang sama. Sementara kadar kematian ibu bersalin mencatitkan penurunan kepada 0.24 setiap kelahiran dalam tahun 1988, berbanding dengan 1.48 dalam tahun 1970. Akibat daripada penurunan kadar kematian ini, jangka hayat penduduk negara telah meningkat daripada 55.8 tahun (1957) kepada 68.8 tahun (1989) bagi lelaki dan dari 58.2 kepada 73.3 bagi wanita.
Bagi sektor pendidikan pula, faktor-faktor kependudukan telah digunakan sejak tahun 1984 bagi menganggarkan bilangan murid-murid yang akan memasuki Darjah 1, bilangan bilik darjah dan guru, bilangan yang akan menamatkan persekolahan dan menyertai pasaran buruh serta taburan keciciran mengikut jantina dan umur. Selain daripada itu, aspek-aspek kependudukan juga telah diperkenalkan di dalam kurikulum - kurikulum persekolahan menerusi mata-mata pelajaran seperti Alam dan Manusia, Kemahiran Hidup, Ilmu Alam dan Statistiks.
Untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang-bidang kependudukan dan kekeluargaan, LPPKN juga telah menghasilkan beberapa usaha kajian dan penyelidikan. Penemuan-penemuan kajian ini menyediakan sumber rujukan dan input yang penting kepada perancangan, pengawasan dan penilaian pencapaian perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara.
Di bawah program Pembangunan Keluarga pula, pencapaian yang diperolehi sehingga kini adalah pada keseluruhannya memuaskan. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah perkhidmatan perancang keluarga yang bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak serta kesejahteraan keluarga melalui amalan penjarakan kelahiran yang lebih baik. Untuk tempoh Rancangan Malaysia Kelima (1986-90), seramai 380,621 penerima baru perancang keluarga telah didaftarkan. Ini merupakan penambahan sebanyak 19.3% berbanding dengan pencapaian di bawah Rancangan Malaysia Keempat (1981-85).
Di bawah program ini juga beberapa aktiviti penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan dalam bidang-bidang biomedikal dan perubatan reproduksi manusia. Ini meliputi kajian-kajian mengenai kaedah - kaedah dan teknologi kontraseptif serta aspek kemandulan dan kebakaan. Hasil-hasil kajian ini digunakan bagi merumus satu program kebangsaan perkhidmatan perancang keluarga untuk digunakan oleh agensi-agensi yang berkenaan.
Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentigan peranan institusi keluarga, LPPKN juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan dan kaunseling keluarga yang merangkumi perkara-perkara seperti perkahwinan, penjagaan anak dan keibubapaan. Pada awal bulan Mac, 1990, Lembaga ini dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat telah melancarkan Kempen Keluarga Bahagia di peringkat seluruh negara. Kemuncak kempen ini yang telah mendapat sambutan baik di kalangan orang ramai ialah pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan pada 11 November, 1990. Perayaan ini yang akan diadakan setiap tahun pada tarikh berkenaan merupakan satu pengiktirafan rasmi oleh pihak Kerajaan mengenai pentingnya institusi keluarga di dalam proses pembangunan negara. Pelancaran Hari Keluarga Kebangsaan juga meletakkan Malaysia di antara Negara yang pertama yang menetapkan satu hari yang khusus untuk merayakan institusi keluarga.
Pihak LPPKN kini sedang berusaha untuk memantapkan lagi perlaksanaan program Pembangunan Keluarga di masa - masa akan datang. Dalam hubungan ini keutamaan ditumpukan kepada usaha menyelaraskan aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang dijalankan oleh pelbagai agensi ke arah pencapaian matlamat pengekalan dan pengukuhan institusi keluarga sebagai unit asas masyarakat.

Masalah-masalah Yang Dihadapi

Di antara masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara ialah :-
Tahap Pemahaman Mengenai Dasar Yang Rendah.
Hasil daripada kajiselidik yang telah dijalankan oleh LPPKN dan Jabatan Penerangan Malaysia menunjukkan bahawa masih terdapat banyak perbezaan dalam tanggapan dan persepsi masyarakat mengenai Dasar ini. Di antara lain, Dasar ini disalah anggap sebagai satu rancangan untuk menggalakkan kadar kelahiran yang lebih tinggi.
Di samping itu masih juga terdapat keadaan di mana isikandungan mesej-mesej yang disiarkan kepada orangramai oleh beberapa agensi Kerajaan sering bertentangan antara satu dengan lain atau dengan objektif-objektif Dasar Kependudukan Negara .
Bagi mengatasi masalah ini, LPPKN akan meneruskan usaha-usaha penyebaran maklumat mengenai Dasar ini kepada semua lapisan masyarakat menerusi media cetak dan lain-lain aktiviti seperti seminar, bengkel, kursus dan majlis-majlis taklimat. Dalam usaha ini, peranan lain-lain agensi yang terlibat dengan penyiaran dan penerangan kepada orang ramai juga adalah sangat mustahak untuk mengurangkan kekeliruan dan masalah salah tafsiran Dasar ini.
Keperluan Memperkukuhkan Penyelarasan Perlaksanaan Dasar.
Faktor-faktor Kependudukan mempengaruhi dan juga dipengaruhi oleh pembangunan sosioekonomi. Walaupun pada keseluruhannya pencapaian agensi - agensi sektoral dalam melaksanakan Dasar Kependudukan Negara adalah memuaskan, aspek penyelarasan antara agensi ini masih perlu dipertingkatkan. Usaha ini perlu dilaksanakan lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa Dasar baru yang telah digubal oleh Kerajaan, seperti, Dasar dan Plan Induk Penswastaan, Dasar Pendidikan Negara, Dasar Pertanian dan lain - lain.
Untuk memperkukuhkan lagi mekanisme penyelarasan perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara, LPPKN sedang berusaha untuk mengwujudkan semula Jawatankuasa Penasihat Penduduk. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan oleh Kerajaan dalam tahun 1985 untuk tempoh 2 tahun bagi mengkaji aliran pertumbuhan kependudukan Negara serta aspek-aspek yang berkaitan dengan perlaksanaan Dasar ini. Keanggotaan Jawatankuasa ini akan terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang kependudukan dari agensi-agensi Kerajaan dan pusat-pusat pengajian tinggi. Satu daripada fungsi utama Jawatankuasa ini kelak ialah pembentukan satu Pelan Indikatif yang akan merangkakan keperluan - keperluan sumber mengikut sektor bagi tempoh - tempoh jangka panjang, pertengahan dan jangka pendek selaras dengan perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara.
Selain daripada itu, LPPKN juga akan terus menjalankan aktiviti-aktiviti kajian untuk mendapatkan maklumat yang lebih kemaskini mengenai kependudukan. Dalam hubungan ini, bermula dengan Rancangan Malaysia Keenam (1991 - 95), satu usaha mengumpul data-data demografi akan dilaksanakan di peringkat-peringkat Negeri dan juga Daerah. Usaha ini dijangka akan memperkukuhkan lagi sumber data dan juga penyelarasan perlaksanaan Dasar Kependudukan Negara.
Malaysia adalah dalam golongan negeri-negeri yang kecil yang secara tegasnya mempunyai dasar kependudukan. Untuk matlamat dasar kependudukan ini secara berkesan, adalah penting mengadakan dasar-dasar serentak dalam bidang-bidang ekonomi, sosial, gunatenaga, alam sekitar, makanan, air, pertanian, tenaga dan lain-lain secara menyeluruh. Dengan itu adalah perlu supaya semua pihak iaitu Kerajaan, sektor swasta dan yang paling penting daripada rakyat sendiri, memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab.
Dasar ini sebenarnya memperlihatkan satu perubahan pemikiran yang penting dan radikal mengenai kependudukan iaitu daripada dasar pertumbuhan yang berbentuk 'restrictive' kepada yang berbentuk 'promotive'. Dasar seperti ini diharap memelihara kepentingan jangka panjang negara memandangkan hakikat bahawa rakyat bukanlah merupakan 'tanggungan' Negara tetapi sebaliknya dianggap sebagai harta-harta produktif yang penuh berpotensi. Seperti yang telah dihuraikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sendiri, sebarang pertambahan dari segi kependudukan sepatutnyalah diiringi dengan pertambahan daya pengeluaran yang seimbang di segenap bidang. Perkara yang utama dalam hal ini ialah untuk mempastikan kadar pertumbuhan ekonomi mendahului kadar pertumbuhan kependudukan.

Sumber: JPM (2013)

Sunday, 8 September 2013

RANCANGAN MALAYSIA KE 10

http://www.epu.gov.my/epu-theme/RMKE10/rmke10_bm.html

DASAR EKONOMI BARU

Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan yang lebih ke atas pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepatnya dalam tempoh ini pada purata tahunan 6.0 peratus, terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik dengan memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.
Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971 merupakan sejarah pelan ekonomi Malaysia. NEP menekankan pentingnya bagi mencapai sasaran sosio ekonomi seiring dengan mencapai objektif perkembangan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan agama. Sasaran utama adalah perpaduan negara. Untuk mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:
  • Untuk mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.
  • Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.
Salah satu aspek penting NEP adalah berada di premis ekonomi yang berkembang pesat. Perkembangan adalah syarat yang perlu untuk menyediakan peluang bagi yang miskin dan golongan yang kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta di dalam aktiviti aliran utama ekonomi. Tambahan lagi, ia memastikan yang bahawa pengagihan tidak berlaku dari peruntukan semula kekayaan yang ada tetapi dari pengembangan dan punca baru kekayaan. Perlaksanaan strategi untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara dalam pengagihan pendapatan menjelang 1990. Kadar isi rumah yang hidup di bawah taraf kemiskinan menurun dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan menurun lagi kepada 5.1 peratus pada 2002.
Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, lebih dari dua per tiga ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera , kaum pribumi yang mewakili dua pertiga dari jumlah penduduknya , memiliki hanya lebih sedikit dari 2 peratus. NEP menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi yang berkembang. Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 20.4 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 25.1 peratus untuk warga asing. Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. Menjelang 2002, disebabkan jumlah nilai ekuiti berkembang dengan pesat, pegangan semua kumpulan bertambah dalam nilai mutlak. Walaupun bahagian warga asing jatuh kepada hampir satu pertiga, nilainya bertambah 30 kali ganda berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. Strategi pembasmian kemiskinan Malaysia sentiasa memfokuskan kepada pembangunan sumber manusia dan kualiti kemajuan hidup. Program-program yang berkaitan menekankan projek yang menjana pendapatan dan bukan bantuan kebajikan, kecuali dalam kes-kes terkecuali di mana bantuan secara langsung diberikan.
Ini untuk memastikan rakyat miskin boleh berdikari untuk turut serta dalam aktiviti aliran utama ekonomi. Kebanyakan strategi pembangunan luar bandar telah memasukkan program pembasmian kemiskinan seperti tanah baru dan pembangunan in-situ; peruntukan bagi infrastruktur saliran dan pengairan; perkhidmatan sokongan pertanian; menggalakkan pembangunan industri kampung/kecil; infrastruktur luar bandar termasuk jalanraya, eletrik dan air; dan perkidmatan sosial seperti kesihatan, sekolah, bantuan makanan dan penempatan semula setinggan.

Program penyususan semula masyarakat menfokuskan kepada strategi berikut:
  • Campur tangan terus dari Kerajaan melalui pengwujudan agensi khas untuk mengambil alih kepentingan ekonomi dan memegang amanah ini untuk Bumiputera sehingga sampai masa apabila mereka berkemampuan untuk mengambil alih.
  • Memperkenalkan peraturan dan pengaturan khas, di mana penglibatan dan penyertaan Bumiputera dibantu dan dipermudahkan dalam sesuatu tempoh masa.
  • Peruntukan untuk konsesi fiskal dan bantuan kewangan sebagai sebahagian dari pakej ke arah pembangunan keusahawanan.
  • Memesatkan program untuk pendidikan dan latihan.
  • Menambah pemilikan Bumiputera melalui projek penswastaan;dan
  • Mengurangkan secara progresif, melalui keseluruhan perkembangan ekonomi, ketidak seimbangan di dalam pekerjaan agar pekerjaan mengikut sektor dan tahap pekerjaan akan mencerminkan komposisi kaum.
  • Memesatkan program untuk pendidikan dan latihan.
  • Menambah pemilikan Bumiputera melalui projek penswastaan; dan
  • Mengurangkan secara progresif, melalui keseluruhan perkembangan ekonomi, ketidakseimbangan di dalam pekerjaan agar pekerjaan mengikut sektor dan tahap pekerjaan akan memcerminkan komposisi kaum.
RUJKAN: EPU (2013)